PEMIKIRAN :
1- Konvergen
2- Divergen
3- Menegak
4- Lateral
5- Kritis
6- Kreatif
7- Reflektif
KONVERGEN
Pemikiran konvergen adalah berdasarkan logik yang tersusun mengikut langkah demi langkah yang memerlukan seseorang mencari satu penyelesaian atau jawapan yang betul. Ia tidak melibatkan pencetusan idea atau kemungkinan jawapan yang berbeza.
DIVERGEN
Pemikir divergen adalah seseorang yang mempunyai pemikiran yang asli, berdaya cipta, dan cepat memberi tindak balas. pada pendapat mereka, pada pendapat mereka kehidupan ini penuh dengan pelbagai pengalaman dan sentiasa berubah.
Guilford mengenal pasti 4 ciri pemikiran divergen :
1- Kepelbagaian
2- Fleksibel
3- Keaslian
4- Terperinci
No comments:
Post a Comment