KOMUNIKASI DAN INTERAKSI
kaedah pengajaran bestari :
1- Strategi pengajaran direktif berhasratkan untuk membantu murid memahami dan memperoleh maklumat sebagai asas bagi bacaan dan penaakulan secara kritis. dalam pendekatan ini , murid perlu meniru tingkah atau kemahiran yang ditunjuk atau disampaikan oleh guru.
2- Pengajaran mediatif membolehkan murid belajar untuk menilai pelbagai sudut pandangan tentang isu-isu kontroversi, menghormati pendapat orang, dan menggunakan proses penyelesaian masalah.
3- Pendapat utama pengajaran generatif adalah membantu murid membina ilmu serta membentuk cara baru dan celik akal untuk mendekati dan menyelesaikan masalah.
4- Dalam pengajaran pemerhatian, pengajaran berlaku dengan memerhati orang lain melaksanakan sesuatu tugas,. murid belajar dengan mengguna kognitif ini bukan hanya belajar cara membuat sesuatu tetapi juga belajar sebab dan akibat yang mungkin boleh berlaku.
No comments:
Post a Comment